Monday, January 31, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff



Chelsea cipta sejarah dalam rekod perpindahan pemain





Chelsea telah berjaya menandatangani penyerang Sepanyol, Fernando Torres dan pemain benfica bagi menandatangani David Luiz untuk dibawa ke Stamford Bridge.Chelsea telah menawarkan 50 juta pound strelling dan 25 juta pound berserta tambahan lain yang disiarkan di laman web mereka. Dengan ini Chelsea telah memecahkan rekod perpindahan antara kelab Inggeris. Toress telah pon bersetuju dengan kontak 5 tahun setelah menjalani ujian kecergasan dan perubatan. Tambahnya dia akan memberikan kegembiraan kepada penyokong the Blues, dengan menjaringkan lebih banyak gol dan akan bergandingan baik dengan drogba dan anelka dan perlawanan pertamanya dijangka bertemu liverpool. Sementara itu Liverpool telah mengantikan penyerang Fernando Torres dengan membenarkan dengan Andy Caroll dari Newcastle memakai jersey no9 liverpool dengan 35 juta pound dan luiz suarez dari Ajaz 28 juta pound

Saturday, January 22, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Inikah Logo baru Liga M??




REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.

"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.

"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.

"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.

Friday, January 21, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Lampard malang, Chelsea bertambah resah..dan gusar


Chelsea kini resah menanti laporan kecergasan Frank Lampard selepas perancang England itu terpaksa meninggalkan padang latihan kerana mengalami kecederaan di betis.

Meskipun keadaan Lampard masih belum dipastikan, namun kecederaan yang dialami pemain berusia 32 tahun itu mungkin memberi satu lagi tamparan kepada misi Carlo Ancelotti untuk mencerahkan semula peluang mempertahankan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Ancelotti telah pun kehilangan perancangnya itu selama empat bulan musim ini ekoran kecederaan hernia dan juga kecederaan otot dan pening memikirkannya.

Lampard pula hanya beraksi buat Chelsea dalam enam perlawanan dan kini belum pasti akan diturunkan pada kunjungan ke Bolton Isnin ini.

Seandainya kebimbangan Ancelotti itu menjadi kenyataan dan Lampard sekali lagi terpaksa diketepikan, pengurus dari Itali itu mungkin terpaksa memanggil pemain remaja Josh McEachran ke skuad senior.

McEachran dijangka beraksi dalam pertemuan Piala FA Remaja menentang Arsenal di Stamford Bridge dalam misi mereka mempertahankan trofi tersebut kali ini.

Pemain sensasi berusia 17 tahun itu telah membuat 13 penampilan bersama skuad senior Chelsea setakat ini.

Pemain Bola sepak negara- Zaquan Adha bernikah








Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya,pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,” kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.

Hadir sama ibu bapa Mohd. Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

Thursday, January 20, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Bent Sah milik Aston Villa





DARREN Bent sudah pun sah menjadi milik Aston Villa, setelah mempersetujui bayaran yg diminta oleh bekas kelabnya Sunderland dengan harga 18 juta (RM88 juta) - kemungkinan meningkat kepada 24 juta (RM117 juta) menerusi kontrak selama empat setengah tahun.

Bent, 26, akan membuat kemunculan sulungnya buat Villa Sabtu ini pada pertemuan menentang pasukan yang memburu kejuaraan, Manchester City.

Villa, yang kini menghuni tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris, amat terdesak dan berharap Bent dapat menyelesaikan masalah kemarau gol untuk melonjakkan mereka dalam carta liga.



PROFIL

NAMA PENUH: Darren Ashley Bent
TARIKH LAHIR: 6 Februari 1984
TEMPAT LAHIR: Tooting, England
TINGGI: 1.80 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Aston Villa
NOMBOR JERSI: 39

KARIER SENIOR:

· 2001-2005 Ipswich Town

· 2005-2007 Charlton Athletic

· 2007-2009 Tottenham Hotspur

· 2009-2011 Sunderland

· 2011-kini Aston Villa

PASUKAN KEBANGSAAN:

· 2000-2001 England B-15, B-16, B-17

· 2002 England B-19

· 2003-2005 England B-21

· 2006-kini England (7 perlawanan, 1 gol)

Wednesday, January 19, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Mampukah Selangor Jadi pergi jauh kali ni?


SKUAD Liga Super Selangor memperagakan jersi baru mereka dengan menggunakan jenama Kappa di Stadium Shah Alam semalam.


Selangor yang berwajah baru tampil dengan keyakinan tinggi untuk menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan di Malaysian Super league(MSL), keayakianan itu datang setelah Syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI) kekal sebagai penaja utama manakala Kappa muncul penaja baru jersi skuad Liga Super dan Piala Presiden Selangor bagi musim 2011.

MBI mula menjadi penaja utama skuad Selangor sejak musim lalu selepas menggantikan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) manakala Kappa menggantikan Adidas yang merupakan penaja jersi skuad Red Giants itu dari musim 2005 hingga 2010.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor berkata, sasaran skuad Selangor musim ini ialah mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih serta merampas semula Piala Malaysia dari gengaman Kelantan yang muncul juara kali ke2 setelah piala M.H Malaya dipertandingkan.

Jadi selain mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi berturut pada 2009 dan 2010,Selangor dilihat akan cuba lagi untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2005.

Jumlah tajaan MBI untuk musim ini, tiada nilai spesifik. Namun, kebiasaannya nilai tajaan MBI untuk satu musim ialah melebihi RM4 juta semusim di Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Baru Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, petang semalam kata Menteri Besar Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad memberitahu bahawa harga tiket bagi aksi Piala Sumbangsih bertemu Kelantan pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam ditetapkan pada harga RM20.

'Untuk perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam sepanjang musim ini pula, harga tiket dinaikkan ke RM15 dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun kekal RM5.

"Sejak Selangor menggunakan Stadium Shah Alam pada 1994, harga tiket RM10 kekal untuk tempoh yang cukup lama. Mengambilkira kos semakin meningkat, sudah sampai masanya harga tiket dinaikkan," kata Mokhtar.

Dalam pada itu, pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan mahu pasukannya menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk menjulang trofi Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut.

"Musim 2009, kita menang di Alor Setar manakala musim lalu kita menang di Paroi. Kali ini buat pertama kalinya kita akan mempertahankan Piala Sumbangsih di Shah Alam," kata Devan.

Tuesday, January 18, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Pemilik Bugatti isi minyak RM932


SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.


Kat LONDON sana, Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.mg kaya la mamat nih..

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.

Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.

Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa..

-sumber dari Kosmo!

KHAIRUL FAHMI CHE MAT... SUDAH BERPUNYA?

Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gawang Malaysia yang secara tiba-tiba menjadi popular. Ingat lagi demam Malaysia bercuti sebab menang bola? kini aura penjaga gawang malaysia pula,Khairul Fahmi menjadi popular.



Berikut sedikit latarbelakang beliau untuk dikongsi bersama :


Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : January 7, 1989 (masih berumur 21 tahun tuu!)
Status : Dah berpunya...



bersama kekasih...? Gambar diambil dari facebook beliau


Khairul Fahmi Che Mat (born 7 January 1989 in Kota Bharu, Kelantan) is a Malaysian goalkeeper currently playing for Kelantan FA in Malaysia Super League and the Malaysia national football team.

In 2010, he was part of the Kelantan's 2010 Malaysia Cup winning team. He also won The Best Young Player and Best Goalkeeper awards at the 2010 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM.
Khairul first appearance for Malaysia under-23 was at the Football at the 2010 Asian Games.

In November 2010, Khairul was called up to the Malaysia national squad by coach K. Rajagopal for the 2010 AFF Suzuki Cup. Khairul kept a cleansheet against Thailand on a 0-0 draw. Khairul also kept a cleansheet against Vietnam twice in the semi finals. In the first leg of the finals, Khairul played well and saved lots of shots by the Indonesians. The match ended a 3-0 win to Malaysia, Thus earning another cleansheet to Khairul.

*sumber wikipedia

Dia takda blog tapi AWEK dia ada blog.
http://jejariruncing.blogspot.com/


PM PM UMUM HABUAN SKUAD HARIMAU MALAYA










Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian insentif kepada setiap pemain skuad Harimau Malaya yang berjaya membawa pulang kali pertama Piala Suzuki AFF, bulan lalu.

Beliau berkata, setiap pemain diberi 50,000 unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 dan wang tunai RM15,000.Amanah Saham tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas 10 tahun didalam simpanan mereka,katanya lagi,Wang tunai RM15,000 itu adalah RM10,000 menerusi insentif khas kerajaan manakala RM5,000 adalah menerusi skim hadiah kemenangan sukan Majlis Sukan Negara (MSN).
Monday, January 10, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff
Gerrard perlu tinggalkan The Kop

Bekas pengurus Liverpool, Kevin Keegan membuat kejutan apabila memberitahu bahawa satu-satunya jalan buat Steven Gerrard untuk memenuhi impiannya memenangi kejuaraan utama ialah dengan meninggalkan Liverpool.

Gerrard yang hampir menyertai Chelsea ketika di bawah era pengurus Rafael Benitez, telah memenangi banyak kejuaraan di peringkat kelab, kecuali gelaran juara Liga Perdana England setakat ini.Paling hampir dia berjaya melakukannya ialah ketika The Reds menamatkan saingan sebagai naib juara dua tahun lalu.

Begitu pun Liverpool masih belum memenangi gelaran liga tersebut sejak 1990 dan Keegan mengakui bahawa satu-satunya peluang Gerrard untuk melakukannya ialah dengan menyertai kelab yang lebih besar.

Dia telah berusia 30 tahun sekarang. Hanya ada dua pilihan yang tinggal iaitu kekal bersama Liverpool dan cuba memenanginya di sini atau berpindah ke kelab lain sebagai usaha terakhir.

Dia tidak akan memenangi sebarang trofi di sini. Andainya dia masih mampu bermain sehingga usia 34 tahun, peluangnya untuk menang kejuaraan amat tipis dengan Liverpool.

Walaupun Liverpool melakukan perubahan besar-besaran seperti Manchester City lakukan, masih tiada petunjuk bahawa mereka akan memenanginya dalam masa dua tahun lagi.


Safee ingin berhijrah


Terdapat ura-ura yng mengatakan penjering terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd. Safee Mohd. Sali ingin meninggalkan Selangor untuk menyertai salah sebuah kelab di Indonesia, Persib Bandung

Pemain kelahiran Kajang yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 29 Januari depan itu semalam jelas membuktikan bahawa dia begitu teruja untuk mecuba nasib di luar.

Safee seakan-akan memberi isyarat awal yang dia berkemungkinan besar akan menyertai kelab Persib Bandung biarpun turut diburu dua lagi kelab Indonesia, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan serta sebuah kelab Vietnam.

"Memang saya nak sangat belajar dan sudah lama sebenarnya impian saya untuk beraksi di luar negara. Buat masa ini keputusan saya untuk menerima tawaran tersebut adalah 70-30. Saya mungkin akan memberi pertimbangan tawaran sebuah kelab Indonesia itu.

"Daripada tiga kelab tersebut, Persib Bandung yang betul-betul menunjukkan minat. Lagipun saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya juga pernah ke sana dan sudah tahu suasananya.

"Mungkin jika segalanya menjadi kenyataan, memang ada dalam perancangan untuk membawa bersama keluarga ke sana," kata Safee ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam lapor akhbar kosmo!

Namun Safee menjelaskan bahawa dia tidaklah akan terus berhijrah ke kelab berkenaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar akan melengkapkan perpindahan tersebut pertengahan tahun ini.

Dia baru pulang dari Perth, Australia bersama skuad Selangor pagi tadi (semalam). Sepatutnya akan mengadakan perbincangan dengan Datuk Hamidin Mohd. Amin yang merupakan (Setiausaha Agung FAS) dan wakil kelab terbabit.

"Harap keputusan perbincangan tersebut mencapai sesuatu yang positif. Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil peluang ini sebagai satu cabaran," jelas Safee.

Andai Safee sah menyarung jersi Persib Bandung, dia akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain kebangsaan Indonesia seperti Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdurahman dan Eka Ramdani.

Saturday, January 8, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff


Hodgson dipecat


Roy Hodgson jodohnya tidak berpanjangan dengan the Kop,digantikan dengan Kenny Dalglish

Pengurus Liverpool,Roy Hodgson telah dipecat sebagai dan tempatnya digantikan oleh legenda bola sepak The Reds, Kenny Dalglish.Menurut satu laporan, Dalglish akan mengendalikan Liverpool berkuat kuasa serta merta dan sehingga penghujung musim ini.

Hodgson yang mula membimbing The Reds sejak Julai tahun lalu dikritik hebat oleh penyokong-penyokong setia kelab yang berpangkalan di Anfield itu ekoran prestasi buruk yang ditunjukkan oleh anak buahnya dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Keadaan bertmbah parah apabila pemecatan Hodgson itu berlaku sehari sebelum Liverpool menentang Manchester United pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford malam ini.Menurutnya,dia sedih kerana tidak diberikan peluang untuk membawa Liverpool kembali bangkit dengan membawa masuk beberapa pemain pada pintu perpindhan pemain yang telah dibuka ketika ini

Hodgson meninggalkan Anfield selepas enam bulan membimbing Liverpool selepas beliau mengambil alih tempat pengendali kelahiran Sepanyol, Rafael Benitez yang berhijrah ke Inter Milan dan kemudiannya mengalami nasib yang sama seperti Hodgson.

Di bawah kendalian Hodgson musim ini, Liverpool telah mengalami sembilan kekalahan dalam saingan liga domestik.Terbaru, The Reds dimalukan Blackburn Rovers apabila tewas 1-3 di Ewood Park, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga ke-12.

Berita pemecatan Hodgson,sudah pastinya mendapat sokongan penuh penyokong-penyokong fanatik Liverpool yang mana sebelum ini mereka mendesak pihak pengurusan kelab melantik Dalglish sebagai pengurus baru.

Dalglish merupakan merupakan 3 pengurus yang berjaya membimbing Liverpool berjaya sebelum ini dan malah merupakan seorang lagenda bola sepak.menurut pemilik kelab tersebut,John Henry.

Dalglish merupakan individu yang bertanggungjawab ketika membawa skuad The Reds menjulang trofi kejua raan liga pada 1990.

Friday, January 7, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff

Ape pandangan anda?




‘Permata’baru malaysia

Selepas kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF, banyak pihak terutamanya peminat Malaysia ingin melihat Malaysia menjulang piala yg lebih berprestij seperti piala Asia. Mungkin sesetengah pihak sinis memperkatakannya, namun ia tidak mustahil jika FAM(Football Association Malaysia) tidak terlepas pandang kepada permata baru yang mungkin menjadikan skuad Harimau Malaya digeruni.Disini, disenaraikan nama2 mereka yang mencipta nama di luar negara:


Ø Nicholas Chan-19 Tahun

Merupakan anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City- Dato Chan Tien Ghee. Pemain yg fleksibel mampu bermain di bahagian pertahanan & tengah.Pernah mencuba nasib di West Ham United & Stoke City.Mugkin ramai yg beranggapan dia bernasib baik kerana ayahnya merupakan pemilik kelab,namun bagi penuntut Sri KDU ni, ianya bermula dengan dia menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweedan.Kejohanan ini melahirkan bintang seperti Xabi Alonso, Alan Shearer dan Andrea Pirlo.Dia hanya mengetahui ayahnya pemilik kelab setelah menghantar borang mecuba nasib dikelab tersebut.Pernah ditawarkan bermain di Major Soccer League, namun dia menolaknya kerana baginnya liga eropah lebih menabar.


Ø Tam Sheang Sung-15 Tahun

Sorang lagi rakyat Malaysia yang kini beraksi untuk skuad bawah 15 tahun FC Yokohama dan digelar Cristiano Ronaldo Jr. oleh wartawan disana setelah dihantar berlatih bersama kelab Brazil, San bernado. Mengikut ayahnya berhijrah ke jepun sejak 15 tahun yang lalu,Dia merupakan anak kelahiran Malaysia yang pertama bermain di jepun di divisyen 2.Membayangkan dirinya mampu bermain di Chelsea dan menggap idolanya,Frank Lampard dan Didier drogba sebagai faktor pendorong keyaannya untuk ke peringkat yang lebih tinggi.




Ø Brendan Gan-24 Tahun

Pemain yang bermain bersama Sydney United ini di laporkan berminat mewakili Malaysia, walaupun dilahirkan di Australia tetapi Ayahnya berasal dari Negeri 9 dan FAM dilaporkan mempunyai perancangan memberinya peluang ketika Kejohanan Piala Suzuki AFF dimana skuad Harimau Malaya dilanda dengan belenggu kecederaan sebelum bermulanya sepak mula pada kejohanan tersebut.Mula bermain untuk kelab tempatan Marton Hammers, ketika berusia 12 tahun dan memenangi anugerah New South Wales Premier League untuk pemain muda terbaik tahunan. Kemudian berpindah ke Sydney FC dan diserapkan keskuad utama.Gol pertamanya adlah ketika menentang Newcastle jets.Larian pantas dan sering menjaringkan gol menadikan beliau bagus untuk diserapkan ke skuad Harimau Malaya.

Sayangnya jika FAM tidak dapat memujuk mereka untuk sekurang-kurangnya menyertai Harimau Muda kerana bakat tempatan sgt diperlukan ketika ini. Ini terjadi di mana Pemain kelahiran negara yang bermain untuk Celtic, Shaun Maloney lebih memilih bermain bersama Scotland berbanding Malaysia tanah tumpahnya Darahku.

Thursday, January 6, 2011 | 0 comments | By: ujang haniff
Chelsea kalah,Saya bernasib baik - Ancelotti

Carlo Ancelotti mengakui yang dia bernasib baik apabila masih lagi memegang jawatan selaku pengurus Chelsea walaupun pasukannya kurang bernasib baik akhir2 ini.

“Setakat ini, Chelsea hanya berjaya mengutip 10 mata daripada 30 mata yang sepatutnya diperoleh sehingga menyebabkan pasukan itu kini tersingkir daripada empat kedudukan teratas dalam saingan Liga Perdana England”

Situasi itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai masa depan Ancelotti di Stamford Bridge.

Namun pengendali dari Itali itu masih yakin dia akan dapat menamatkan tugasnya sehingga tamat musim ini kerana masih berharap dapat membawa Chelsea mengungguli saingan Liga Juara-Juara.

Ancelotti pernah menjulang trofi tersebut sebanyak empat kali ketika membimbing AC Milan, dua kali sebagai pemain dan dua kali sebagai jurulatih.

"Sudah tentu hidangan terbaik adalah Liga Juara-Juara. Saya sudah merasainya sebelum ini," jelas Ancelotti. Tetapi jika difikirkan kembali mapukah Chelsea merampas kembali takhta dari Man. Utd setelah tewas ngan wolves pagi td 1-0....Anda fikir2 kan...inikan pula Liga Juara-Juara....