Saturday, January 8, 2011 | | By: ujang haniff


Hodgson dipecat


Roy Hodgson jodohnya tidak berpanjangan dengan the Kop,digantikan dengan Kenny Dalglish

Pengurus Liverpool,Roy Hodgson telah dipecat sebagai dan tempatnya digantikan oleh legenda bola sepak The Reds, Kenny Dalglish.Menurut satu laporan, Dalglish akan mengendalikan Liverpool berkuat kuasa serta merta dan sehingga penghujung musim ini.

Hodgson yang mula membimbing The Reds sejak Julai tahun lalu dikritik hebat oleh penyokong-penyokong setia kelab yang berpangkalan di Anfield itu ekoran prestasi buruk yang ditunjukkan oleh anak buahnya dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Keadaan bertmbah parah apabila pemecatan Hodgson itu berlaku sehari sebelum Liverpool menentang Manchester United pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford malam ini.Menurutnya,dia sedih kerana tidak diberikan peluang untuk membawa Liverpool kembali bangkit dengan membawa masuk beberapa pemain pada pintu perpindhan pemain yang telah dibuka ketika ini

Hodgson meninggalkan Anfield selepas enam bulan membimbing Liverpool selepas beliau mengambil alih tempat pengendali kelahiran Sepanyol, Rafael Benitez yang berhijrah ke Inter Milan dan kemudiannya mengalami nasib yang sama seperti Hodgson.

Di bawah kendalian Hodgson musim ini, Liverpool telah mengalami sembilan kekalahan dalam saingan liga domestik.Terbaru, The Reds dimalukan Blackburn Rovers apabila tewas 1-3 di Ewood Park, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga ke-12.

Berita pemecatan Hodgson,sudah pastinya mendapat sokongan penuh penyokong-penyokong fanatik Liverpool yang mana sebelum ini mereka mendesak pihak pengurusan kelab melantik Dalglish sebagai pengurus baru.

Dalglish merupakan merupakan 3 pengurus yang berjaya membimbing Liverpool berjaya sebelum ini dan malah merupakan seorang lagenda bola sepak.menurut pemilik kelab tersebut,John Henry.

Dalglish merupakan individu yang bertanggungjawab ketika membawa skuad The Reds menjulang trofi kejua raan liga pada 1990.

0 comments: