Thursday, January 20, 2011 | | By: ujang haniff

Bent Sah milik Aston Villa





DARREN Bent sudah pun sah menjadi milik Aston Villa, setelah mempersetujui bayaran yg diminta oleh bekas kelabnya Sunderland dengan harga 18 juta (RM88 juta) - kemungkinan meningkat kepada 24 juta (RM117 juta) menerusi kontrak selama empat setengah tahun.

Bent, 26, akan membuat kemunculan sulungnya buat Villa Sabtu ini pada pertemuan menentang pasukan yang memburu kejuaraan, Manchester City.

Villa, yang kini menghuni tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris, amat terdesak dan berharap Bent dapat menyelesaikan masalah kemarau gol untuk melonjakkan mereka dalam carta liga.



PROFIL

NAMA PENUH: Darren Ashley Bent
TARIKH LAHIR: 6 Februari 1984
TEMPAT LAHIR: Tooting, England
TINGGI: 1.80 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Aston Villa
NOMBOR JERSI: 39

KARIER SENIOR:

· 2001-2005 Ipswich Town

· 2005-2007 Charlton Athletic

· 2007-2009 Tottenham Hotspur

· 2009-2011 Sunderland

· 2011-kini Aston Villa

PASUKAN KEBANGSAAN:

· 2000-2001 England B-15, B-16, B-17

· 2002 England B-19

· 2003-2005 England B-21

· 2006-kini England (7 perlawanan, 1 gol)

0 comments: