Wednesday, January 19, 2011 | | By: ujang haniff

Mampukah Selangor Jadi pergi jauh kali ni?


SKUAD Liga Super Selangor memperagakan jersi baru mereka dengan menggunakan jenama Kappa di Stadium Shah Alam semalam.


Selangor yang berwajah baru tampil dengan keyakinan tinggi untuk menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan di Malaysian Super league(MSL), keayakianan itu datang setelah Syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI) kekal sebagai penaja utama manakala Kappa muncul penaja baru jersi skuad Liga Super dan Piala Presiden Selangor bagi musim 2011.

MBI mula menjadi penaja utama skuad Selangor sejak musim lalu selepas menggantikan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) manakala Kappa menggantikan Adidas yang merupakan penaja jersi skuad Red Giants itu dari musim 2005 hingga 2010.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor berkata, sasaran skuad Selangor musim ini ialah mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih serta merampas semula Piala Malaysia dari gengaman Kelantan yang muncul juara kali ke2 setelah piala M.H Malaya dipertandingkan.

Jadi selain mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi berturut pada 2009 dan 2010,Selangor dilihat akan cuba lagi untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2005.

Jumlah tajaan MBI untuk musim ini, tiada nilai spesifik. Namun, kebiasaannya nilai tajaan MBI untuk satu musim ialah melebihi RM4 juta semusim di Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Baru Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, petang semalam kata Menteri Besar Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad memberitahu bahawa harga tiket bagi aksi Piala Sumbangsih bertemu Kelantan pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam ditetapkan pada harga RM20.

'Untuk perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam sepanjang musim ini pula, harga tiket dinaikkan ke RM15 dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun kekal RM5.

"Sejak Selangor menggunakan Stadium Shah Alam pada 1994, harga tiket RM10 kekal untuk tempoh yang cukup lama. Mengambilkira kos semakin meningkat, sudah sampai masanya harga tiket dinaikkan," kata Mokhtar.

Dalam pada itu, pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan mahu pasukannya menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk menjulang trofi Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut.

"Musim 2009, kita menang di Alor Setar manakala musim lalu kita menang di Paroi. Kali ini buat pertama kalinya kita akan mempertahankan Piala Sumbangsih di Shah Alam," kata Devan.

0 comments: