Thursday, January 6, 2011 | | By: ujang haniff
Chelsea kalah,Saya bernasib baik - Ancelotti

Carlo Ancelotti mengakui yang dia bernasib baik apabila masih lagi memegang jawatan selaku pengurus Chelsea walaupun pasukannya kurang bernasib baik akhir2 ini.

“Setakat ini, Chelsea hanya berjaya mengutip 10 mata daripada 30 mata yang sepatutnya diperoleh sehingga menyebabkan pasukan itu kini tersingkir daripada empat kedudukan teratas dalam saingan Liga Perdana England”

Situasi itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai masa depan Ancelotti di Stamford Bridge.

Namun pengendali dari Itali itu masih yakin dia akan dapat menamatkan tugasnya sehingga tamat musim ini kerana masih berharap dapat membawa Chelsea mengungguli saingan Liga Juara-Juara.

Ancelotti pernah menjulang trofi tersebut sebanyak empat kali ketika membimbing AC Milan, dua kali sebagai pemain dan dua kali sebagai jurulatih.

"Sudah tentu hidangan terbaik adalah Liga Juara-Juara. Saya sudah merasainya sebelum ini," jelas Ancelotti. Tetapi jika difikirkan kembali mapukah Chelsea merampas kembali takhta dari Man. Utd setelah tewas ngan wolves pagi td 1-0....Anda fikir2 kan...inikan pula Liga Juara-Juara....

0 comments: