Friday, January 21, 2011 | | By: ujang haniff

Lampard malang, Chelsea bertambah resah..dan gusar


Chelsea kini resah menanti laporan kecergasan Frank Lampard selepas perancang England itu terpaksa meninggalkan padang latihan kerana mengalami kecederaan di betis.

Meskipun keadaan Lampard masih belum dipastikan, namun kecederaan yang dialami pemain berusia 32 tahun itu mungkin memberi satu lagi tamparan kepada misi Carlo Ancelotti untuk mencerahkan semula peluang mempertahankan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Ancelotti telah pun kehilangan perancangnya itu selama empat bulan musim ini ekoran kecederaan hernia dan juga kecederaan otot dan pening memikirkannya.

Lampard pula hanya beraksi buat Chelsea dalam enam perlawanan dan kini belum pasti akan diturunkan pada kunjungan ke Bolton Isnin ini.

Seandainya kebimbangan Ancelotti itu menjadi kenyataan dan Lampard sekali lagi terpaksa diketepikan, pengurus dari Itali itu mungkin terpaksa memanggil pemain remaja Josh McEachran ke skuad senior.

McEachran dijangka beraksi dalam pertemuan Piala FA Remaja menentang Arsenal di Stamford Bridge dalam misi mereka mempertahankan trofi tersebut kali ini.

Pemain sensasi berusia 17 tahun itu telah membuat 13 penampilan bersama skuad senior Chelsea setakat ini.

0 comments: