Monday, January 3, 2011 | | By: ujang haniff

Rokok elektronik semakin popular


sampel rokok elektronik


Bila bercakap tentang kesihatan,terdapat ramai orang yang suka mengamalkan cara hidup yang tidk sihat seperti menghisap rokok. Bila bercakap tengtang rokok tertarik pulak saya bila terbaca artikel berita megenai rokok elektronik.

Di perancis sebauh syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.Di Amerika Syarikat (AS, Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia,Vitali Servutas pula berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.
Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan. Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.
Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).
Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila
Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.
“Ingat merokok membayakan kesihatan”disamping dapat menyebabkan penyakit kanser.

0 comments: