Monday, January 3, 2011 | | By: ujang haniff
City minat dapatkan kaka

KAKA

Manchester City yg merupakan kelab terkaya di england tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan khidmat perancang tengah Brazil dan Real Madrid, Kaka.

Terbaru, kelab yg berpangkalan di Eastland itu merancang bahawa mereka bersedia untuk membuat bidaan baru bagi membawa Kaka ke Stadium Manchester city sekiranya dia gagal mempamerkan aksi terbaik di Santiago Bernabeu.

Kini, City masih mencari seorang pemain berstatus bintang dan pemilik kelab, Sheikh Mansour serta pengerusi, Khaldoon Al-Mubarak memberi sokongan kepada pengurus Roberto Mancini dalam mebida kaka.

Menurut sumber City telah bersedia untuk membuat bidaan sekiranya dia berminat untuk menyarung jersi Manchester City pada musim panas ini.

Real membeli Kaka dengan harga £56 juta (RM270 juta) kira-kira 18 bulan lalu.

Kaka, 28 yg semakin cergas selepas berehat panjang selepas menjalani pembedahan lutut kiri pada Ogos lalu.Ketiadaannya,memaksa,Jose Mourinho membawa masuk,Mesut Ozil dari Werder Bremen dan bintang Piala Dunia itu berjaya melakukan impak bagi Real Madrid.

Sementara itu terdapat , pengurus Chelsea dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Kaka yang juga bekas pemainnya itu di AC Milan untuk sekali lagi bekerja sama.Bagaimanapun, pembelian Kaka belum lagi menda- pat ‘lampu hijau’ dari pemlik kelab, Roman Abramovich kerana ia membabitkan kos yang tinggi.

0 comments: