Tuesday, January 4, 2011 | | By: ujang haniff




Man.city mahu ikat Dzeko dgn RM128 juta

Kelab terkaya di England,Manchester City dilapor telah bersetuju untuk berbelanja pada musim panas ini dengan membawa masuk penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko ke Eastland yg dinilaikan sebanyak £27 juta (RM128 juta).

Kelab yg berbelanja besar pada musim lepas ini dilaporkan berminat dengan Dzeko yang telah menyumbang 10 gol buat Wolfsburg dalam saingan Liga Jerman sejak dia berhijrah dari FK Teplice. City mengharapkan segala-gala urusan bagi menandatangani kontrak bakal tamat pada hujung minggu ini.

Difahamkan, City bakal menawarkan kontrak selama 5 tahun kepada pemain antarabangsa Bosnia Herzegovina itu yang mana dia akan dibayar gaji sebanyak £100,000 (RM474,892) seminggu bagi menyarung jersi Man. city

Begitupun, dengan penutupan bank semalam dan aksi pertemuan menentang Arsenal, Khamis ini, urusan menandatangani kontrak dilihat bakal mengambil masa yang lebih lama.

Secara realistiknya, Dzeko sepatutnya boleh membuat penampilan pertamanya bersama City pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers pada 15 Januari ini.

Sekiranya hasrat mendapatkan Dzeko menjadi kenyataan, ia sekali gus menamatkan penantian selama 18 bulan City yang tidak berputus asa bagi mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu.Kelab Itali, Juventus juga dikatakan turut dilapor berminat bagi menawarkan kontrak kepada Dzeko.

0 comments: