Friday, January 21, 2011 | | By: ujang haniff

Pemain Bola sepak negara- Zaquan Adha bernikah








Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya,pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,” kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.

Hadir sama ibu bapa Mohd. Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

0 comments: