Wednesday, January 5, 2011 | | By: ujang haniff

Blackburn sedia bayar RM29j dapatkan Ronaldinho



Pemilik Blackburn semalam telah menyatakan persediaan bahawa kelab itu sudah membuat bidaan bernilai £6.2 juta (RM29.5 juta) untuk mendapatkan Ronaldinho yang kini bermain untuk AC Milan.

Syarikat dari India, Venky itu pada mulanya dilaporkan berrminat untuk mendapatkan pemain Brazil tersebut dengan menulisnya di laman sosial Facebook mereka pada Ahad lalu tetapi beberapa jam kemudian, pengarahnya, Venkatesh Rao menafikan berita tersebut.

Beliau menegaskan bahawa khabar angin tersebut tidak benar sama sekali dan Blackburn langsung tidak berminat terhadap Ronaldinho.Namun awal pagi semalam, kakaknya yang juga Pengerusi Venky, Anuradha Desai memberitahu bahawa mereka telah pun menyatakan tawaran kepada AC Milan.

Ronaldinho kini sedang berehat di Brazil dengan beberapa kelab di sana berminat untuk mendapatkan khidmatnya.Penasihat dan juga abang kepada pemain itu, Roberto Assis mengesahkan bahawa Flamengo, Palmeiras dan Gremio berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho.

Namun, Blackburn dikatakan tiada masalah untuk memberikan sebarang gaji kepada Ronaldinho dan dikatakan bersedia membayar lebih £6 juta (RM28.6 juta) setahun kepada bekas pemain kebangsaan Brazil itu.

0 comments: