Monday, January 3, 2011 | | By: ujang haniff

Safee Sali diminta berfikir ‘semasak-masaknya’



Safee Sali

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yg juga merupakan Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), meminta Safee Sali supaya berfikir ‘semasak-masaknya’ sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.

Penyerang Selangor, SafeeSali yang juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan dgn 5 gol pada kejohanan Piala Suzuki AFF membantu Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat.Menerusi persembahan cemerlangnya yg membantu skuad negara,Safee dilamar empat kelab luar negara.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.bagi sesi pemanas badan sebelum bermulanya saingan liga Malaysia.

0 comments: