Friday, January 7, 2011 | | By: ujang haniff

‘Permata’baru malaysia

Selepas kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF, banyak pihak terutamanya peminat Malaysia ingin melihat Malaysia menjulang piala yg lebih berprestij seperti piala Asia. Mungkin sesetengah pihak sinis memperkatakannya, namun ia tidak mustahil jika FAM(Football Association Malaysia) tidak terlepas pandang kepada permata baru yang mungkin menjadikan skuad Harimau Malaya digeruni.Disini, disenaraikan nama2 mereka yang mencipta nama di luar negara:


Ø Nicholas Chan-19 Tahun

Merupakan anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City- Dato Chan Tien Ghee. Pemain yg fleksibel mampu bermain di bahagian pertahanan & tengah.Pernah mencuba nasib di West Ham United & Stoke City.Mugkin ramai yg beranggapan dia bernasib baik kerana ayahnya merupakan pemilik kelab,namun bagi penuntut Sri KDU ni, ianya bermula dengan dia menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweedan.Kejohanan ini melahirkan bintang seperti Xabi Alonso, Alan Shearer dan Andrea Pirlo.Dia hanya mengetahui ayahnya pemilik kelab setelah menghantar borang mecuba nasib dikelab tersebut.Pernah ditawarkan bermain di Major Soccer League, namun dia menolaknya kerana baginnya liga eropah lebih menabar.


Ø Tam Sheang Sung-15 Tahun

Sorang lagi rakyat Malaysia yang kini beraksi untuk skuad bawah 15 tahun FC Yokohama dan digelar Cristiano Ronaldo Jr. oleh wartawan disana setelah dihantar berlatih bersama kelab Brazil, San bernado. Mengikut ayahnya berhijrah ke jepun sejak 15 tahun yang lalu,Dia merupakan anak kelahiran Malaysia yang pertama bermain di jepun di divisyen 2.Membayangkan dirinya mampu bermain di Chelsea dan menggap idolanya,Frank Lampard dan Didier drogba sebagai faktor pendorong keyaannya untuk ke peringkat yang lebih tinggi.




Ø Brendan Gan-24 Tahun

Pemain yang bermain bersama Sydney United ini di laporkan berminat mewakili Malaysia, walaupun dilahirkan di Australia tetapi Ayahnya berasal dari Negeri 9 dan FAM dilaporkan mempunyai perancangan memberinya peluang ketika Kejohanan Piala Suzuki AFF dimana skuad Harimau Malaya dilanda dengan belenggu kecederaan sebelum bermulanya sepak mula pada kejohanan tersebut.Mula bermain untuk kelab tempatan Marton Hammers, ketika berusia 12 tahun dan memenangi anugerah New South Wales Premier League untuk pemain muda terbaik tahunan. Kemudian berpindah ke Sydney FC dan diserapkan keskuad utama.Gol pertamanya adlah ketika menentang Newcastle jets.Larian pantas dan sering menjaringkan gol menadikan beliau bagus untuk diserapkan ke skuad Harimau Malaya.

Sayangnya jika FAM tidak dapat memujuk mereka untuk sekurang-kurangnya menyertai Harimau Muda kerana bakat tempatan sgt diperlukan ketika ini. Ini terjadi di mana Pemain kelahiran negara yang bermain untuk Celtic, Shaun Maloney lebih memilih bermain bersama Scotland berbanding Malaysia tanah tumpahnya Darahku.

0 comments: