Thursday, January 6, 2011 | | By: ujang haniff

7 pasukan bermain di waktu petang



*StadiumStadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu), antara stadium yang tidak memenuhi piawaian lampu limpah FAM-sekadar gambar hiasan.

Tirai Saingan Liga Super 2011 yang bermula 29 Januari depan bakal menyaksikan 7 daripada 14 pasukan bertanding terpaksa ,memulakan perlawanan pada sebelah petang.

Pasukan yang dimaksudkan adalah

· Kelantan-Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu),

· Terengganu & T-Team-Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah(Kuala Terengganu)

· Johor FC- Stadium JCorp (Pasir Gudang),

· Perak- Stadium Perak (Ipoh) ,

· Harimau Muda A-Stadium MBPJ (Kelana Jaya)

· Sabah- Stadium Likas (Kota Kinabalu)

7 pasukan yang dinyatakan diatas mungkin memulakan saingan pada sebelah petang kerana lampu di stadium yang mereka gunakan untuk aksi di tempat sendiri tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux sepertiyang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

.Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM berkata, perlawanan pada sebelah petang akan kekal dilaksanakan di enam venue tersebut andai pemeriksaan kedua esok tetap dengan keputusan negatif.

“Pada pemeriksaan pertama yang telah kita lakukan pada 20 Disember lalu, pencahayaan lampu limpah di keenam-enam stadium ini didapati gagal mencapai tahap minimum 800 lux.

Jika venue-venue terbabit masih gagal melepasi tahap minimum itu, maka aksi tempat sendiri bagi Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak dan Harimau Muda A musim ini akan berlangsung pukul 4.45 petang manakala Sabah pada pukul 4.15 petang.

Namun andai melepasi tahap minimum 800 lux itu, mereka akan dibenarkan kembali beraksi pada sebelah malam.Baki tujuh pasukan lain yang tidak menghadapi masalah untuk beraksi pada waktu biasa iaitu pukul 8.45 malam ialah

· Selangor,

· Kuala Lumpur,

· Kedah,

· Negeri Sembilan,

· Pahang,

· Perlis

· Felda United.

Aksi Liga Super 2011 bakal berlangsung setiap Selasa dan Sabtu dengan perlawanan sulungnya pada 29 Januari depan manakala perlawanan ke-26 (terakhir) dijadual pada 30 Julai depan.

Hanya satu perlawanan berlangsung sepanjang Januari, empat perlawanan Februari, dua perlawanan Mac, sembilan perlawanan April, lima perlawanan Mei, tiga perlawanan Jun dan dua perlawanan pada Julai.

0 comments: