Pemain Bola sepak negara- Zaquan Adha bernikah

Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya,pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.
"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,” kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.
Hadir sama ibu bapa Mohd. Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

No comments:
Post a Comment